Welcome to personal loan pinjaman peribadi READ, COMPARE AND APPLY!

Bank dan Koperasi

Personal Loan bank dan koperasi kakitangan kerajaan.

Panduan am permohonan pinjaman peribadi Bank & Koperasi Pinjaman Peribadi di Malaysia| Basic Guideline on how to apply Koperasi and Banks Personal Financing

Untuk semakan kelayakan pinjaman peribadi penjawat awam, sila Call/SMS/Whatsapp payslip e penyata gaji terkini ke 0192983056. Akses slipgaji anm anda di epenyatagaji & laporan anm. Syarat-syarat permohonan bagi pinjaman peribadi bank dan koperasi boleh didapati pada setiap promosi dan tertakluk kepada pakej pinjaman peribadi yang dipilih. Setiap produk pinjaman peribadi yang dipilih pada setiap halaman laman web ini akan memperihalkan mengenai syarat-syarat pembiayaan peribadi. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

Dokumen yang diperlukan

Secara amnya (by default), dokumen yang diperlukan untuk pinjaman peribadi adalah seperti berikut:-

  1. 1 slipgaji ASAL Terkini. Jika e-penyata, perlu 1 salinan slipgaji terkini tanpa cop sebagai slip asal.
  2. 3 salinan X 3 bulan slipgaji = 9 salinan (disahkan).
  3. 3 salinan IC depan belakang (disahkan).
  4. 1 salinan bil api@air@astro (salah satu).
  5. 1 salinan muka depan buku bank bagi tujuan bank-in duit.
  6. 1 bank statement (original) dari bank yang masuk gaji 3 bulan terkini dicetak di bank.
  7. 1 surat pengesahan jawatan dengan letterhead majikan (original).
  8. 1 statement KWSP yang dicetak di Kiosk KWSP jika masih mempunyai potongan caruman KWSP. Fotostat tidak diterima.
  9. 1 salinan Surat Opsyen 56/58 tahun disahkan (jika perlu).
  10. 1 salinan Surat Lantikan disahkan (jika perlu).

Semua dokumen perlu disahkan oleh Unit Gaji/ Bahagian Kewangan/ Guru Besar (majikan).

Kes meniru tandatangan banyak berlaku

Pemohon harus mengikut tatakelola jabatan atau kementerian yang mewajibkan untuk meninggalkan baki bersih ditangan tidak kurang 40% dari gaji kasar.

Kes menggunakan cop jabatan tanpa kebenaran dan meniru tandatangan majikan adalah sangat tidak wajar. Keadaan ini berlaku kerana ada diantara jabatan kerajaan melalui unit gaji atau bahagian kewangan atau guru besar sekolah menapis permohonan loan terlalu ketat sehingga pemohon yang sepatutnya masih layak sukar mendapat cop pengesahan. Pemohon tidak mempunyai pilihan selain cop sendiri dan meniru tandatangan majikan. Harus diingat kerana pihak koperasi mengambil langkah tegas melalui prosedur 'membuat pengesahan majikan'. Koperasi akan menghubungi majikan melalui panggilan telefon dan faks borang biro angkasa/ borang kebenaran pemotongan gaji kepada pegawai unit gaji/bahagian kewangan/guru besar sekolah untuk verify cop dan pengesahan adalah tulen. Pemohon harus mendapatkan bank statement dari bank yang masuk gaji 3 bulan terkini dicetak di bank (tidak boleh print on-line statement) sebagai langkah tambahan mengekang penyelewengan ini.

Status loan approve atau reject

Dimaklumkan bahawa kami hanya dapat menyemak status kelulusan pembiayan tuan/puan sekiranya borang permohonan dihantar kepada kami. Sekiranya pemohon menghantar kepada wakil jualan/agen/perunding kewangan yang lain dan selepas itu tidak dapat menghubungi ejen tersebut, maka pihak kami tidak bertanggungjawab atas urusan yang dilakukan antara agen lain dan pemohon. Ini kerana pihak kami tidak tahu status loan tuan/puan.

Seharusnya peminjam mengetahui latar belakang agen dan status agen samada separuh masa atau sepenuh masa (full time agent atau half-time agent). Ini kerana full time agent seperti kami mempunyai laman web rasmi dan mudah dihubungi. Sekiranya terdapat keadaan di mana cuti public holiday atau masalah kesihatan maka kami akan menghubungi pemohon dengan kadar yang segera mungkin.

Pinjaman Peribadi Koperasi ( Mana-mana koperasi)- Majikan Sekolah

Masalah talian telefon pejabat rosak?

Sekiranya terdapat keadaan di mana nombor telefon pejabat mengalami kerosakan, jadi sukar pihak koperasi membuat panggilan untuk pengesahan majikan. Walaupun pemohon telah memberikan nombor telefon bimbit (handphone) Guru Besar, kerani atau GPK, tetapi pihak koperasi tidak boleh terus menelefon untuk pengesahan majikan kerana koperasi tidak pasti samada adakah nombor yang diberi benar-benar nombor pegawai atau tidak.

Jadi untuk merungkaikan masalah ini, pemohon bolehlah faks/emel/whatsapp surat dari PPD (Pejabat Pelajaran Negeri ) yang menyatakan dengan jelas nombor telefon pejabat telah rosak akibat kecurian kabel telefon dsb. dan mengarahkan nombor telefon seorang pegawai sahaja untuk segala urusan melalui panggilan telefon.

Staf jawatan tetap sahaja? Kontrak, sementara dan bayaran melalui baucer pembayaran (payment voucher) layak buat personal loan koperasi?

Kakitangan berjawatan tetap yang bekerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) layak membuat permohonan pinjaman peribadi Koperasi. Koperasi yang boleh dibuat adalah seperti Yayasan Perlis (YYP), Koperasi Kekal dan Koperasi Petronesa. Ingin dimaklumkan personal loan Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) tidak dapat dilakukan untuk kakitangan DBKL kerana tidak boleh dipotong terus ke dalam payslip.

Mohonlah pinjaman peribadi anda sekarang. Bagi yang berjawatan kontrak, sementara dan tiada payslip tetapi mempunyai baucer pembayaran gaji (payment voucher) tidak layak memohon pinjaman dengan koperasi yang disebutkan di atas.

e-payslip utk AG (Federal Government)

E-payslip kerajaan

Berikutan dengan banyaknya berlaku kes penipuan payslip (fraud) pihak koperasi telah mengetatkan syarat pembiayaan peribadi dengan menyuruh pemohon untuk membekalkan kata laluan (password) sementara untuk mengakses payslip pemohon. Katalaluan (temporary pin number) atau password sementara akan digunakan oleh pihak koperasi untuk authenticate samada payslip betul ataupun fake payslip. Dan selepas pemohon menerima panggilan akad dari koperasi, pemohon dinasihatkan untuk menukar semula katalaluan sementara kepada kataluan asal atau katalaluan lain sebagai langkah keselamatan.

Untuk penjawat awam(government staff) perlu menukar katalaluan atau password kepada no ic supaya pihak koperasi dapat membuat semakan samada payslip yang diberikan semasa proses pinjaman peribadi adalah payslip genuine dan bukannya payslip yang diedit. Adalah menjadi kesalahan besar sekiranya pihak koperasi mendapati payslip yg diberi adalah payslip palsu. Selepas mendapat panggilan akad dari koperasi, pemohon bolehlah menukar semula password kepada password asal.

Diharap agar bakal peminjam dan pemohon mengerti dan memahami akan prosedur tambahan yang perlu dan harus dilakukan oleh koperasi.

Prosedur terbaru yang mesti diikuti bagi mengelakan kelewatan proses borang- Cop dan pengesahan majikan

Bagi pemohon di Semenanjung Malaysia

Bagi pemohon pinjaman peribadi koperasi Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) yang bekerja di Semenanjung Malaysia, dalam borang kebenaran pemotongan gaji MESTILAH mendapatkan cop dan tandatangan dari Guru Besar atau Pengetua sekolah.

Pemohon yang bekerja di sekolah Sabah dan Sarawak

Borang tidak akan diproses sekiranya applicant Sabah dan Sarawak mendapatkan cop pengesahan dari Guru Penolong Kanan (GPK) ataupun guru besar. Pemohon yang bekerja di sekolah Sabah dan Sawarak diwajibkan mendapatkan cop pengesahan borang Biro Angkasa ataupun borang kebenaran pemotongan dari PPD. Pemohon yang bekerja di jabatan atau kementerian harus juga mengetahui adanya seorang pegawai yang benar-benar boleh mengesahkan borang kebenaran pemotongan gaji. Sekiranya pembantu pegawai tersebut yang mengesahkan, pemohon harus mendapatkan cop pengesahan sekali lagi dari pegawai yang dilantik.

Bank statement dari bank yang masuk gaji perlu yang terkini

Satu lagi dari segi bank statement, pemohon WAJIB mendapatkan bank statement yang original terkini yang dicetak dibank yang memaparkan transaksi sehinngga gaji baru dikreditkan ke dalam akaun gaji. Pemohon harus mendapatkan penyata bank (bank statement) yang baru jika bank statement dari bank yang masuk gaji tidak up to date sehingga kelihatan gaji bulan terkini dipaparkan pada penyata bank tersebut.

Pihak kami berharap agar pemohon/customer Sabah dan Sarawak memahami akan situasi yang berlaku. Apa yang pihak kami inginkan adalah menyiapkan pinjaman peribadi tuan/puan dalam jangkamasa yang singkat, pantas dan tidak perlu melakukan beberapa kali untuk kesenangan tuan/puan juga.

Pinjaman Peribadi Swasta

Bagi mendapatkan informasi dan maklumat berguna khusus kepada pekerja sektor swasta, anda dialu-alukan untuk mendapatkan info tersebut di laman sesawang berikut:- http://pinjamanperibadi.name. Anda boleh mendapatkan maklumat pinjaman peribadi seperti bank Maybank, RGB, Aeon Credit, HSBC Personal Financing, OCBC  Bank, Bank Rakyat dan lain-lain.

Diharap anda mendapat manfaat dan berjaya mendapatkan pinjaman peribadi untuk kegunaan anda di link laman web di atas. TQ

AKPK- AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT

Pengenalan AKPK

AKPK memainkan beberapa peranan utama seperti berikut:-

  1. Pendidikan Kewangan
  2. Kaunseling Kewangan
  3. Pengurusan Kredit
  4. Lain-lain

Pendidikan Kewangan- Jawapan anda kepada masalah kewangan

AKPK menyediakan bahan pendidikan kewangan yang meliputi penggunaan kredit yang bijak dan asas pengurusan wang termasuk tip-tip menggunakan kredit dengan bertanggungjawab.

Kaunseling Kewangan- Uruskan kewangan anda dengan bijak

AKPK memberi khidmat kaunseling dan panduan kepada anda tentang pengurusan kewangan bijak dari segi bajet, pengurusan wang dan penggunaan kredit.

Pengurusan Kredit- Kuasai semula hutang dan kehidupan anda

Kaunselor kami akan bekerja dengan anda untuk menghasilkan suatu pelan pembayaran hutang khas untuk menangani masalah kewangan anda melalui rundingan dengan institusi kewangan.

Lain-lain Perkhidmatan- Nota Perlindungan Data Peribadi

Menerangkan bagaimana AKPK dapat memproses data peribadi anda. AKPK juga komited untuk memastikan data peribadi diproses mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dan notis ini adalah berkaitan dengan data peribadi yang anda kongsikan secara sukarela dengan AKPK apabila anda menggunakan perkhidmatan kami.

Untuk keterangan lanjut mengenai fungsi AKPK dan bagaimana ianya dapat membantu anda sila layari http://www.akpk.org.my/my/ ataupun hubungi talian bebas tol di 1800-88-2575/AKPK

Adakah boleh memohon pinjaman peribadi sekiranya telah berdaftar dengan AKPK?

Jawapannya tidak dibenarkan untuk memohon dengan mana-mana institusi kewangan ataupun koperasi kerana pihak AKPK sendiri sudah membuat penstrukturan semula keseluruhan hutang anda. Jadi sebarang permohonan baru samada pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, permohonan kredit kad tidak boleh dilakukan. Tetapi ada sesetengah kes di mana terdapat kelulusan bagi pemohon yang mempunyai AKPK. Jadi peluang untuk lulus tetap ada. Jadi mohon sekarang! Sila call/sms/whatsapp 019-2983056 dengan memberikan details seperti dibawah.

Pinjaman peribadi/ Personal Loan dana Bank Rakyat

Terdapat beberapa koperasi yang menggunakan dana Bank Rakyat antaranya dari Koperasi Kekal (Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad), Koperasi Gemilang Siswazah Berhad (Kogemilang), Koperasi Perdanajaya Berhad dan Koperasi Kobena. Komitmen luar yang tinggi dan rekod ccris ataupun ctos yang tinggi menyukarkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman peribadi dana dari Bank Rakyat kerana skema kelulusan adalah mengikut ketetapan dari bank manakala proses kelulusan menjadi lambat kerana perlu proses menyaring di bahagian koperasi dan bank.

Koperasi yang menjalankan pinjaman peribadi dengan dana Bank Rakyat

Maklumat mengenai koperasi-koperasi ini dapat diketahui melalui link seperti berikut:-

1) Koperasi Kekal: http://pinjamanperibadi2u.com.my/kekal.html

2) Koperasi Gemilang  http://pinjamanperibadi2u.com.my/kogemilang.html

3) Koperasi Perdanajaya http://pinjamanperibadi2u.com.my/perdanajaya.html

4) Koperasi Kobena http://pinjamanperibadi2u.com.my/kobena.html

Sekiranya tidak berjaya, apa yang anda harus lakukan?

Walaubagaimanapun, bagi pemohon yang tidak mempunyai masalah blacklist/senaraihitam seperti di atas bolehlah memohon untuk mendapatkan pinjaman peribadi dana Bank Rakyat tetapi harus diingat proses kelulusan mengambil masa yang agak lama. Sekiranya tidak boleh menunggu di atas desakan keperluan kewangan yang meruncing, anda disarankan untuk memohon dengan koperasi-koperasi yang lain menggunakan dana sendiri tanpa melalui mana-mana bank.

Pinjaman peribadi apa yang boleh sekiranya tidak berjaya dengan dana Bank Rakyat?

Penjawat awam (kakitangan kerajaan dan badan berkanun terpilih) masih mempunyai ruang untuk memohon sekiranya pinjaman peribadi dana dari Bank Rakyat tidak berjaya. Terdapat beberapa koperasi yang menguruskan dana sendiri tanpa melalui dana bank seperti Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Yayasan Perlis RCE (YYP) dan Petronesa. Akan dikemaskini dalam entri yang lain sekiranya terdapat beberapa koperasi yang menjalankan khidmat pinjaman peribadi menggunakan dana sendiri.

Kategori yang layak memohon pinjaman peribadi dana Bank Rakyat

1)      Kerajaan berjawatan tetap sahaja.

2)      Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

3)      Badan berkanun terpilih sahaja.

4)      Swasta, peniaga, pelajar, mahasiswa, surirumah, anggota tentera (askar) tidak layak sama sekali

diari masakan

Untuk yang menggemari masakan melayu dan ingin membuat kuih tradisional, kini anda tidak perlu beli buku resepi digedung buku kerana semuanya boleh didapati laman web http://diarimasakan.com. Pelbagai masakan dan beratus resepi semuanya terdapat di sini.Cara penyediaan dan cara memasak dinyatakan secara terperinci dan lengkap dengan gambar untuk memudahkan pembaca dan pengguna mencuba resepi yang diberi. Bagi yang belum pandai memasak inilah tempatnya untuk belajar cara memasak . Manakala bagi yang sudah mahir memasak boleh juga mencuba resepi yang ada dalam laman web ini. Bagi yang ingin memberikan sumbangan resepi bolehlah maklumkan kepada pihak admin.

MBSB Waslah- Kesukaran memohon pinjaman peribadi koperasi

Sekiranya tuan/puan sudah menerima surat dari MBSB yang menyatakan bahawa MBSB sudah membuat booking in-transit lebih awal dari tahun sebenar peningkatan ansuran bulanan (contohnya ansuran baru tahun 2018 tetapi telah diblok tahun ini), maka cara yang boleh dilakukan oleh pemohon buat masa ini adalah dengan pergi ke ibu pejabat Angkasa dan dapatkan surat Angkasa 2/79 yang menyatakan dengan jelas bila MBSB akan membuat pemotongan baru. Pemohon masih boleh membuat pinjaman baru (fresh loan) dengan mana-mana koperasi tetapi dihadkan untuk tahun yang belum ada peningkatan bayaran bulanan MBSB Waslah. Contohnya tempoh pinjaman selama 4 tahun sahaja dari max 10 tahun ( tempoh pembiayaan yang dibenarkan max 10 tahun sepatutnya sehingga tahun 2024 tetapi diluluskan sehingga tahun 2018 sahaja kerana selepas dari tahun 2018 akan berlaku peningkatan dalam bulanan pinjaman MBSB Waslah.

Perhatian kepada pemohon pinjaman peribadi selepas Hari Raya Aidilfitri 2014

Pemohon yang mempunyai pinjaman MBSB Waslah sebelum ini akan menghadapi sedikit kesulitan untuk membuat pinjaman peribadi bermula selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2014 kerana pihak MBSB sudah block booking in-transit dalam Angkasa. Sebagai contoh, sekiranya potongan ansuran MBSB Waslah yang baru akan dipotong dalam tahun 2017, bermakna semua permohonan baru dengan koperasi tidak boleh sehingga max 10 tahun lagi kerana diambil dari perbezaan tahun pembayaran ansuran baru dengan tahun semasa. Jadi dalam contoh di atas, pemohon layak meminjam utk tempoh pembiayaan selama 3 tahun (yakni 2017 tolak 2014 tahun semasa). Jadi jumlah loan akan jadi berkurangan disebabkan tempoh pembiayaan yang pendek. Harap maklum.

Berminat? Cara berkomunikasi

Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 (Berikan Nama, No.IC, Jabatan & Lokasi, no telefon pejabat, no handphone (sekiranya no berlainan dengan no whatsapp), Tetap/Kontrak, Gaji Pokok, Elaun Tetap dan Jumlah Potongan pada Slipgaji), FaceBook/E-mel: hashimbank@gmail.com.

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, panduan am, guideline, loan document, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100%

 

All rights reserved by respected party.

http://pinjamanperibadi.tv